Pergi ke kandungan

Askar Akayev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Askar Akayev
Аскар Акаев
Dalam jawatan
27 Oktober 1990 – 24 Mac 2005
Didahului olehJawatan dicipta
Digantikan olehKurmanbek Bakiyev
Maklumat peribadi
Lahir (1944-11-10) 10 November 1944 (umur 80)
Kyzyl-Bairak, RSS Kirghiz
KewarganegaraanKyrgyz
Parti politikTidak berpihak
PasanganMayram Akayeva

Askar Akayevich Akayev (lahir 10 November 1944 di Kyzyl-Bairak, RSS Kirghiz) adalah bekas Presiden Kyrgyzstan (1990-2005) iaitu sehingga Revolusi Tulip.

Askar Akayev merupakan anak bungsu lima beradik kepada pekerja ladang di bandar Kemin. Dia kemudian menjadi pekerja kilang besi pada 1961. Dia pindah ke Leningrad dan lulusan fizil dari Leningrad Institute of Precision Mechanics and Optics pada 1967. Dia lulus dengan kepujian dalam matematik, kejuruteraan dan sains komputer.

Dia berkahwin dengan Mayram Akayeva di Leningrad pada 1970 dan mendapat dua anak lelaki dan dua anak perempuan. 1977 kembali ke tempat asalnya di Kirghizia. 1981 mendapat PhD dari Institut Moscow Teknik dan Fizik. 1984, dia menjadi ahli Akademi Sains Kyrgyz

25 Oktober 1990, Majlis Tertinggi SSR Kyrgyz mengadakan pemilihan Presiden . Dua calon bertanding iaitu Presiden Majlis Menteri SSR Kyrgyz, Apas Jumagulov dan Setiausaha Pertama Parti Komunis SSR Kyrgyz, Absamat Masaliyev . Tetapi mereka beddua dihalang oleh peraturan.

Pada tarikh 27 Oktober 1990 , Askar Akayev terpilih sebagai Presiden Kyrgyzstan yang pertama setelah kompromi politik. Pada tahun 1991, dia ditawarkan jawatan naib presiden oleh Presiden Kesatuan Soviet Mikhail Gorbachev , tapi menolak. Pada 12 Oktober 1991. dia dilantik semula bulat kali kedua di tengah-tengah tuduhan mencurangi suara, pada tarikh 24 Disember 1995 dan 29 Oktober 2000.

Askar dilihat sebagai pemimpin liberal. Dalam wawancara 1991 dia menyatrakan dia seorang komunis, tetapi hak milik peribadi lebih ditamakan. Dia aktif mempromosikan privatisasi tanah dan aset ekonomi . Dia diberi kekebalan dari tuntutan seumur hidup oleh Majlis Rendah Parlimen pada tahun 2003. Askar Akayev merupakan Ahli Kehormat Yayasan The Raoul Wallenberg Antarabangsa.

Seramai 2000 penunjuk perasaan di Jalal-Abad pada Mac 2002. Azimbek Beknazarov menuduh belilau melakukan salahguna kuasa. Lima orang ditembak mati; lain tewas pada hari berikutnya. 61 orang luka-luka, termasuk 47 anggota polis dan 14 warga awam. Polsi bertempur dengan orang awam yang menyokong Beknazarov di Bishkek .

Pemilihan 2005

[sunting | sunting sumber]

Akayev telah berjanji untuk berundur dari jawatannya pada 2005 setelah penggalnya berakhir. Anak lelakinya Aidar Akayev dan putrinya Bermet Akayeva menjadi calon dalam pemilihan legislatif 2005 . Dua anak Akayev memenangi kerusi. Ekoran itu protes bermula di Osh dan Jalal-Abad , dengan penunjuk perasaan menduduki bangunan pentadbiran dan Lapangan Terbang Osh. Akayev menolak untuk mengundurkan diri, tapi berjanji untuk tidak menggunakan kuasa untuk menamatkan protes.

Pada 23 Mac Akayev mengumumkan pemecatan Menteri Dalam Negeri Bakirdin Subanbekov dan Jaksa Penuntut Umum Myktybek Abdyldayev.

Pada 24 Mac 2005 demonstrasi menyerang kompleks presiden di Bishkek dan merampas kuasa. Penyokong pembangkang juga menguasai bandar-bandar utama dan bandar-bandar di selatan menuntut Akayev meletak jawatan. Akayev melarikan diri bersama keluarganya ke Kazakhstan dan kemudian ke Russia. Presiden Rusia Vladimir Putin mwnjemput Akayev menetap di Russia. Parlimen Kyrgyzstan menerima pengunduran diri pada tarikh 11 April 2005.

Kini beliau menjadi Profesor dan Peneliti Senior dari Prigogine Lembaga Penyelidikan Matematik Sistem Kompleks di Moscow State University. Bersama dengan Andrey Korotayev dan George Malinetsky dia menjadi penyelaras Akademi Sains Rusia Program "Sistem Analisis dan Pemodelan Matematik Dunia Dinamika".

Tulisan terpilih

[sunting | sunting sumber]